-
Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira melalui Teknik Mendorong Tingkah Laku Positif.
-
Menerapkan nilai kepintaran sosial dan nilai keusahawanan.
-
Memupuk amalan berbudaya tinggi.
Alami suasana pembelajaran yang unik, ceria dan selamat.
SENARAI TADIKAObjektif khusus pendidikan
Untuk membangunkan generasi yang aktif, bijak dan santun dengan mengekalkan sikap bekerjasama, berintegriti, berinovasi, sanggup memikul beban orang lain, pandai berdiplomasi dan memperjuangkan kebenaran.
TESTIMONI
IBUBAPA
-
Banyak yang menggembirakan. Antaranya:
- Sudah petah bercakap dan banyak peningkatan, walaupun pelat itu masih ada.
- Semakin banyak membantu saya di rumah. Katanya dia mahu dapatkan pahala.
- Tiba-tiba satu malam, dia datang kepada saya. Dia peluk dan cium saya sebelum tidur. Sejak itu, dia tidak pernah lupa untuk lakukannya sebelum masuk tidur.
- Banyak lagi perkara yang gembira. Tak tertulis rasanya di sini. Terima kasih cikgu.
Ibu: Puan Siti Harlina binti Abdul Wahid
Tuan Muda: Aish Daniel Al-Razi (6 Tahun)
Cikpuan Muda: Aish Dayana binti Muhamad Hafis (4 Tahun) -
Di rumah, Nadeane sudah tidak memberontak lagi seperti sebelum ini. Dia sudah boleh uruskan diri sendiri seperti mandi, lipat baju dan membasuh pinggannya selepas makan. Dia dan kakaknya sudah berbaik-baik dan tidak bergaduh lagi. Jika dia mahu menulis dan mewarna, dia akan mencuba dahulu. Sebelum ini dia sering kata tidak boleh dan menyuruh saya atau isteri menolongnya. Alhamdulillah dia semakin pandai membaca dan bersemangat ke sekolah.
Bapa: Tuan R. Mastok bin Samad
Cikpuan Muda: Nadeane Ayra Aamanee binti R. Mastok
Umur: 4 Tahun -
Mudah-mudahan anak-anak lebih memahami penggunaan duit dengan betul dan bijak. Cikpuan Muda Safwa sekarang pandai mengira, asas tambah dan tolak, serta menabung duit lebihan yang ada. Terima kasih guru-guru Tadika ABS.
Ibu: Puan Emielia Bydzura binti Abd Rahim
Cikpuan Muda: Nurbatrisya Adrianna Safwa binti Mohd Safwan
Umur: 6 Tahun -
Alhamdulillah. Sekarang, kami tidak perlu kejutkan Cikpuan Muda Imanina untuk bangun pagi. Dia bangun sahaja, terus mandi dan bersiap untuk ke tadika. Hujung minggu pun dia mahu pergi ke tadika. Dia sangat-sangat berbeza berbanding dahulu.
Ibu: Puan Noormahman binti Hashim
Cikpuan Muda: Nurul Imanina Fasihah binti Hasman
Umur: 6 Tahun
PENDAFTARAN
Lihat cawangan yang diuruskan oleh Rangkaian Tadika ABS dan daftarkan anak tuan & puan.
SENARAI TADIKA